21
Perfume Original untuk Hari Raya?
Posted under Eims RPSTechnorati Tags: Berniaga, Hari Raya, Kedai Online, Original Rejected Perfume, Perfume Set
Salam & selamat sejahtera diucapkan kepada semua.
Pertama sekali saya ingin memohon maaf kerana lama sangat tak update blog & memberi review mengenai perfume – perfume. Adeih.. penat dengan macam2 hal :p bisnes juga berhenti sekejap pada bulan 4 & 5 kerana tokan perfume (saya la tu..) baru jer mendirikan rumah tangga. (Alhamdulillah.. lepas juga akhirnya.) hehe.. :p
Sedar tak sedar kita sudah menghampiri bulan yang paling best iaitu bulan Ramadhan. Mungkin ramai antara kita sedang sibuk dengan persediaan – persediaan menjelang bulan Ramadhan. Rasanya kalau nak tempah baju raya memang dah susah dah waktu ini, tukang jahit dah penuh dengan tempahan. Barang-barang lain? nak kene start cari nie.. huhu..
Perfume dah habies, raya dah dekat. Takkan nak jalan di rumah jiran, rumah sanak saudara dengan bau haprak jer. Bagi peminat perfume yang ingin membeliĀ perfume original tetapi ingin berjimat, original rejected perfume sememangnya merupakan jawapan yang sangat baik. bandingkan lah harga original rejected perfume dengan harga di kaunter. kualitinya sama cuma mungkin keadaan fizikal perfume takde la secantik kat kaunter. kotak? ekleh, sudah beli, kotang buang juga..huhu..
Kalau tak pernah try original rejected perfume, cuba lah dulu. Saya yakin anda berpuas hati dengan kualiti perfume. memang boleh dibezakan kalau perfume original dengan imitation. anyway, tak perlu risau, kalau tak berpuas hati juga. boleh return balik.. :p (cuma kalau nak return balik, jangan ler bagi luak dulu perfume tu..huhu)
Bagi peniaga2, get ready untuk berniaga di bulan ramadhan yang memang terkenal dengan bulan rezeki. Berniaga lah nak berniaga apa pun asalkan rezeki yang diperolehi itu halal.. heheh.. :p dengarnya orang berebut2 untuk dapatkan tapak bazar ramadhan, nasib baik lah saya berniaga online. Tapak iklan mmg sentiasa ada. Anyway, berniaga berniaga juga, ibadat jangan lupa ya.. ;p
Enjoy your fragrances.
W’salam



wah ada ke barangnya untuk dijual perfume original … hehe
zik´s last blog ..Pentingnya post schedule dan draft dalam blogging
ada bro. klik current perfume on stock kat atas tu. :p
erm.. bro. apesal aku g ke blog ko dia ckp account suspended. huhu
Add A Comment